Pages

Friday, January 1, 2010

Meleter

Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti dihadapan pintu rumah Umar Al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar Al-Khattab meleteri beliau dan Umar Al-Khattab hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri " Jika begitulah tindakan Umar Al-Khattab terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui Umar Al-Khattab yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini"

-I Love Islam, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, m/s-15, november & disember 2009-

0 comments:

Post a Comment