Monday, August 2, 2010
Sunday, April 18, 2010
Ubah
"Jika Untuk Kebaikan Apa Salahnya Berubah"
-Majalah Wanita,Ya Tuhan, ms 52, Keluaran 22-22 Ogos 2003-

Yang Ingin Kita Nak
"Tidak semua yang kita tidak ingini dalam hidup itu tidak baik untuk kita, malah yang kita suka itu, kadang-kadang lebih memudaratkan kita"
-Puan Maimunah, Pusat Kaunseling dan Kerjaya UUM,Sintok Kedah 2003-

Thursday, February 25, 2010
"Patut" dan "Kena"
Dalam Dunia Ni..................
Ada perkara tak patut buat, tapi kena buat.......
Ada perkara patut buat, tapi tak kena buat.......

Friday, February 19, 2010
Cinta Berahi
"Bahawa cinta berahi itu ialah sejenis daripada jenis-jenis gila, menguatkan semangat yang lemah, memberanikan hati yang bacul, dan membenamkan sifat sopan santun"
-Jamil Bin Muhammad,keluaran Pustaka Antara 1963,m/s-49,malam ke-171, diceritakan oleh Shahar Zad-

Saudagar Tukang Penukar Wang dan Si Pencuri
Seorang saudagar penukar wang setelah menutup kedainya maka ia pun berjalan hendak pulang ke rumahnya dengan membawa ditanganya sebuah beg berisi penoh dengan wang. Maka dilihat oleh beberapa orang pencuri, lalu salah seorang dari pencuri itu berkata, aku sanggup mengambil beg itu dengan mudah sahaja, lalu diikutinya saudagar itu dari belakang hinggalah saudagar itu masuk kedalam rumahnya,dan dengan terburu-buru saudagar itu meletakkan beg tersebut diatas serambi dan terus masuk ke jamban kerana terasa sakit perut hendak buang air.Setelah sudah menyuruh khadamnya isikan cerek dan bawa kedekat pintu jamban. Maka khadam itu pun gopoh-gapah mengisi cerek itu dan meletakkanya diluar pintu jamban itu. Maka pada ketika itulah si pencuri tadi masuk terus dan mencekup beg itu, lalu dibawanya pergi kepada rakan-rakanya, dan menceritakan kepada mereka bagaimana dia dapat mengambilnya.
Bahawa rakan-rakan si pencuri itu telah berkata kepadanya.
" Sungguhlah engkau ini seorang yang amat pandai membuat kerja dan sangat cermat. Kerana bukan setiap orang dapat membuat kerja nekat seperti engkau ini. Akan tetapi sayang benar kerana engkau tidak fikir lagi saudagar itu keluar dari jamban dan mendapati begnya sudah tiada disitu, maka ketika itulah dia akan memukul teruk mendera dan menyeksa khadamnya. Maka dengan demikian pekerjaan engkau ini tidak harus diberi pujian dari pihak kami, kerana pekerjaan engkau yang berani ini telah menyebabkan malapetaka dan penderitaan azab seksa dan sengsara keatas diri si khadam yang tiada berdosa itu, dan akan dituduhnya pula bahawa dia seorang pengkhianat. Dan jikalau engkau sungguh seorang yang pandai dan berani, maka cuba lepaskan hamba Allah si khadam itu daripada bencana itu"
Maka pencuri yang mengambil beg itu pun berkata kepada rakan-rakanya, " Baiklah, saya akan menggunakan segala tipu daya saya untuk melepaskan si khadam itu daripada tohmah pengkhianatan dan bahaya bencana yang lain". Maka dia pun mencapai balik beg itu dan terus pergi ke rumah saudagar tadi. Ketika tiba disana, maka terdengar suara si khadam menjerit-jerit minta tolong kerana kena palu. Maka si pencuri itu pun mengetuk pintu dan berkata kepada saudagar itu.
"Adalah saya ini disuruh oleh si polan, anak jiran tuan yang berkedai disebelah tuan. Beliau itu minta sampaikan salamnya kepada tuan dan dia berkata kepada tuan. Baik juga dia sudah nampak, kalau tidak, tentu akan hilang diambil oleh orang lain. Maka inilah dia beg tuan". Demi didengar dan dilihat oleh saudagar itu, maka saudagar itu pun berkata. "Betul, inilah beg saya", lalu menghulurkan tanganya hendak mengambil beg itu dari tangan si pencuri tadi. Maka si pencuri itu pun berkata."Saya tidak boleh serahkan beg ini kepada tuan melainkan tuan buat sepucuk surat yang menandakan bahawa tuan sudah terima beg ini dari tangan saya, supaya saya tunjukkan surat ditandatangani oleh tuan kepada orang yang telah menyerahkan beg ini kepada saya".Maka sementara saudagar itu pergi mengambil kalam dan kertas, ketika itu juga dengan sekelip mata si pencuri tadi pun ghaib dengan beg itu sekali, dan dengan helah itu juga maka terlepaslah khadam itu daripada tohmah khianat dan dari paluan seksa
-Sumber diolah daripada"Kesah Sa-Ribu Satu Malam", Pustaka Antara 1963,m/s-40-42, malam ke-168, diceritakan oleh Shahar Zad-

Thursday, February 4, 2010
Monday, January 18, 2010
8 Hal Pentanda "Virus Dosa"
1) Keresahan
2) Kesedihan
3) Ketidakmampuan
4) Kemalasan
5) Kecil hati
6) Kekiran
7) Dibebani Hutang
8) Di Bawah Tekanan Orang Lain
-Sumber diolah daripada Bukhari Md.Akhir-

Saturday, January 16, 2010
Takpa
Sikap "Takpa" tu yang silap.
"Ada keperluan patut lawan...
Takpa selalu, selalulah kena buli".......^_^ YahooFace

Beza Kaum Lelaki Dengan Kaum Wanita
Lelaki mempunyai 9 akal, Wanita pula memiliki 1 akal jer...Dan lagi, Lelaki mempunyai 1 perasaan jer berbanding dengan Wanita yang mempunyai 9 perasaan....
-Olahan sumber daripada Dr Shabuddin Bin Muhaemin-
" Sebab tu selalunye ada lelaki rileks jer,
bila tinggalkan makwe die macamtu jer"....... ^_^ YahooFace

Friday, January 1, 2010
Meleter
Kisah seorang lelaki pergi ke rumah Amirul Mukminin Umar Al-Khattab untuk mengadu kepadanya perihal isterinya. Maka dia berhenti dihadapan pintu rumah Umar Al-Khattab menunggu beliau keluar. Ketika itu lelaki tersebut terdengar isteri Umar Al-Khattab meleteri beliau dan Umar Al-Khattab hanya berdiam sahaja. Melihat yang demikian pulanglah lelaki tersebut ke rumahnya sambil berkata sendiri " Jika begitulah tindakan Umar Al-Khattab terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui Umar Al-Khattab yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini"
-I Love Islam, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd, m/s-15, november & disember 2009-
Subscribe to:
Posts (Atom)